ARTIKEL

Ops Servis: JTKS Buka 45 Kertas Siasatan, 22 Premis Didapati Langgar Undang-Undang Perburuhan di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) membuka 45 kertas siasatan selepas mengesan pelbagai pelanggaran undang-undang perburuhan dalam pemeriksaan ke atas 22 premis menerusi Ops Servis yang dijalankan di sekitar bandar ini pada 14 dan 15 September lalu.

JTKS dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua premis yang diperiksa didapati melakukan kesalahan di bawah perundangan perburuhan, dengan 22 notifikasi pelanggaran turut dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan.

Menurut kenyataan itu, antara kesalahan yang dikesan ialah menggaji pekerja bukan pemastautin tanpa lesen yang sah, melanggar waktu bekerja yang ditetapkan, gagal menyediakan hari rehat mingguan serta tidak membayar upah kerja lebih masa.

“Kesalahan lain termasuk gagal membayar upah bagi kerja yang dilakukan pada hari rehat dan cuti umum, selain gagal menyelenggara daftar dan rekod sebagaimana ditetapkan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Ops Servis berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Tenaga Kerja Miri, Sibu, Limbang, Lawas dan Bakun bagi memastikan majikan mematuhi undang-undang serta peraturan perburuhan yang berkuat kuasa.

Menurut JTKS, operasi itu turut bertujuan melindungi hak dan kebajikan pekerja selain meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan majikan.

Sehubungan itu, majikan diingatkan supaya mematuhi semua keperluan di bawah perundangan perburuhan serta memastikan pekerja menerima hak dan faedah berkanun sewajarnya.

JTKS menegaskan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memperkukuh pematuhan dan membendung pelanggaran undang-undang perburuhan.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.