ARTIKEL

TAHAN…Antara individu yang ditahan semasa Ops Tapis Khas Narkotik yang dijalankan IPD Kuching dari 13 Oktober hingga semalam.

Ops Tapis Narkotik IPD Kuching: 188 Individu Ditahan Dalam 18 Hari!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dalam tempoh lebih 14 hari pelaksanaan Ops Tapis Khas Narkotik, pihak polis berjaya menahan 188 individu berkaitan penyalahgunaan dadah di sekitar bandar raya ini hasil risikan berterusan dan kerjasama masyarakat setempat.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga anak Chabu berkata, operasi yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu bermula 13 hingga 31 Oktober lalu.

“Daripada jumlah tersebut, dua individu ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 14 orang di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 manakala 172 lagi ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada 172 individu yang ditahan atas kesalahan penggunaan dadah, lima orang turut dituduh di bawah Seksyen 39C ADB 1952 kerana didapati mengulangi kesalahan yang sama.

Menurut Alexson, operasi berkenaan turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah antaranya 14.43 gram methamphetamine, 0.94 gram ketamin dan 0.50 gram pil Erimin 5 dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1,780.20.

“Semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Kuching untuk didakwa mengikut kesalahan masing-masing,” jelas beliau.

Tambahnya, kejayaan ini menunjukkan komitmen tinggi PDRM dalam membanteras kegiatan dadah di kawasan bandar dan luar bandar Kuching selain memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan pengedaran, pemilikan atau perlindungan aktiviti dadah. Kerjasama orang awam amat penting bagi membantu mengekang ancaman ini tegasnya.

Beliau berkata hasil kejayaan operasi itu turut membuktikan bahawa kerjasama berterusan antara masyarakat dan pihak polis mampu memperkukuh usaha membanteras jenayah dadah di peringkat akar umbi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah digesa menghubungi JSJN Bukit Aman di 012-2087222 atau JSJN IPK Sarawak di 017-5929211,” katanya.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU