ARTIKEL

RAMPAS…Antara minyak diesel yang diseleweng di sebuah premis berjaya dirampas, hari ini.

Ops Tiris 4.0: KPDN Sarawak gagalkan cubaan seleweng 10,000 liter diesel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi berjumlah 10,000 liter di sebuah kilang di Bintawa berjaya digagalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, operasi menerusi Ops Tiris 4.0 itu membawa kepada rampasan 10,000 liter diesel bernilai hampir RM72,700 yang disimpan tanpa permit sah.

JAWAB SOALAN…Matthew menjawab soalan daripada pemberita ketika ditemui di lokasi berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, serbuan berkenaan adalah hasil risikan beberapa hari susulan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di premis terbabit.

“Satu kes dibuka di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 melalui Ops 555 dan Ops Jeriji kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi premis berkenaan, petang tadi.

Menurut beliau, seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan, manakala destinasi sebenar diesel berkenaan masih belum dapat dipastikan dan kini dalam siasatan lanjut.

“Orang ramai diminta supaya terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan melalui talian 019-8488000 atau aplikasi Ez Adu KPDN,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia