ARTIKEL

OSEIC Miri dijangka beroperasi suku pertama 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Sehenti Intervensi Awal Kanak-Kanak (OSEIC) Miri dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2026 di bangunan kedai di Pusat Komersial Tudan.


Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, penubuhan OSEIC di kawasan utara Sarawak itu penting kerana ketika ini hanya ada dua pusat beroperasi di negeri ini iaitu di Kuching dan Dalat.


Justeru, usaha untuk memperluas perkhidmatan tersebut ke bahagian lain di negeri ini sangat penting supaya kanak-kanak berkeperluan khas tidak terlepas daripada mendapatkan diagnosis serta intervensi awal.


“Tender projek akan dibuka pada Julai nanti, selepas tarikh tutup, ia akan mengambil masa kira-kira sebulan sebelum penganugerahan kontrak.

Pembinaan pula dijangka mengambil masa lima bulan dan agensi pelaksana ialah Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat OSEIC Sarawak Bilangan 1 bagi Tahun 2025, di Bilik Mesyuarat, OSEIC Sarawak, di sini, hari ini.


Tambahnya, kerja-kerja pengubahsuaian itu memakan sedikit masa kerana OSEIC Miri akan beroperasi di bangunan kedai, sama seperti bangunan OSEIC Sarawak di Metro City, di sini.


“Kita perlu menyediakan pelbagai bilik aktiviti dengan lantai khas kerana kita bekerja dengan kanak-kanak, tiada kompromi dalam hal keselamatan. Semua kemudahan yang diperlukan akan ditempatkan di bawah satu bumbung,” ujarnya.


Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa OSEIC Sarawak juga akan diperluas ke seluruh Sarawak khususnya di kawasan luar bandar menjelang 2030.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan