ARTIKEL

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian selain memiliki Sijil Pertanian (Pengkhususan: Pengurusan Penternakan). Beberapa karya berbentuk kreatif dan bukan kreatif telah disiarkan dalam akhbar Suara Sarawak; ruangan Wadah Bahasa dan Sastera, Utusan Sarawak; majalah Tunas Cipta; Dewan Kosmik (artikel berbentuk saintifi k merangkumi bidang patologi tumbuhan); pelantar digital seperti Jendela DBP, Wadah DBP dan Riausastra. Dimensi Fantasia: Pengembaraan Merentas Fantasi ialah novel kanak-kanak yang pertama, nukilan penulis.

KATA Stefanie Kaso, penulis cerpen Hajat, kedai kek yang boleh menunaikan hajat itu berada di sini.

Namun, sudah puas mataku melambai-lambai ke seluruh penjuru kawasan itu, namun kedai itu, tidak ditemui.

Sungguhkah ada kedai sedemikian di kawasan perumahan ini atau Stefanie itu hanya berbohong.

Tetapi, tidak akanlah dia mahu berbohong.

Bukankah berbohong itu satu perbuatan yang boleh menyebabkan bulu hidungnya memanjang 15 sentimeter kelak?

Aku teruskan juga pencarian. Ingin aku bertanya kepada sesiapa, tetapi tiada seorang pun yang aku nampak.

Cuma, seekor kucing berwarna jingga sedang menjilat-jilat bulunya di bawah sebatang pohon rendang di kawasan padang itu.

Aku segera merapati. “Hai, kucing yang gendut! Tumpang tanya, engkau tahukah di mana kedai kek penunaian hajat itu?”

Kucing itu tidak mengendahkan aku.

Kemudian, dia menjeling.

“Aku merajuk sebab engkau memanggil aku, kucing gendut. Kalau engkau panggil aku, kucing yang comel. Barulah aku mahu melayan engkau.” Aku ketawa.

“Maafkan aku, wahai kucing yang comel. Bolehkah engkau membantu aku?”

Kucing itu mendongak lalu tersenyum lebar. “Hai, Manusia! Nama aku, Oyeng. Mengapa engkau mahu ke kedai kek yang ajaib itu?

Engkau mahu mendapatkan seorang teman wanita yang cantik, ya? Ataupun, engkau mahu jadi kaya?

Ataupun engkau mahu jadi lelaki kacak? Hah, aku tahu! Engkau pasti mahu menumbuhkan rambut. Betul, bukan? Bukan?”

“Bukanlah, Oyeng.

Aku mahu ke kedai itu sebab…

” “Sebab apa? Sebab apa?”

Oyeng teruja. Aku menunjukkan isyarat agar dia berdiam diri lalu menunjukkan ke arah seorang lelaki yang berwajah Bonoba; mencurigakan. Kami berdua hanya memerhati lelaki itu yang sedang memandang kiri kanan.

Kemudian, lelaki itu menuju ke salah sebuah rumah; persis katak, dia melompat pagar lalu masuk ke laman rumah.

Kemudian, lelaki berwajah Bonoba itu, melompat keluar lalu pergi.

Oyeng memandang aku.

“Dia curi seluar dalamlah.

Warna merah lagi.”

“Mungkin warna merah itu membuatkan dia menjadi lebih bersemangat.

Merah membara,” kata aku sambil tersengih-sengih.

“Dia hidu-hidu lagi seluar dalam itu, dude.

Sudahlah perempuan di rumah itu tidak cuci seluar dalam dia betulbetul.”

Aku segera menoleh. Berkerut.

“Bagaimana engkau tahu?”

“Aku tidak sengaja intai perempuan itu.

Betul, dude.

Dia basuh-basuh begitu sahaja, kemudian jemur.”

Aku menepuk kepala kucing itu secara lembut “Eh, tidak senonohlah engkau ini, Oyeng! Nanti mata engkau tumbuh ketumbit sebab mengintai, baru engkau tahu.” 

“Kalau tidak sengaja, ketumbit itu akan malu mahu tumbuh.” “Ceh, pandailah engkau cari alasan!” Oyeng tersengih-sengih.

“Engkau tahu, Kami kucingkucing di sini menuduh Hantu Gatal di Alam Hantu itu yang menjadi pencuri.

Rupa-rupanya, lelaki berwajah Bonoba itu pelakunya. Jangan-jangan dia yang curi seluar dalam aku itu.

Tidak patutlah dia tidak tahu, seluar dalam itu kepunyaan kucing. Engkau tengok, sebab itulah aku bertelanjang sahaja.

Rasakanlah dia menghidu seluar dalam yang tidak berbasuh itu,” bebel Oyen

“Terdapat kalangan mereka yang ada fetisyisme, bau itu mereka lagi suka, Oyeng,” kata aku. “

Apa benda fetis-fetis itu? Sejenis kurapkah?” soal Oyeng. “Bukan kurap. Fetisyisme.

Satu perasaan tarikan terhadap benda bukan hidup atau bahagian tubuh bukan kemaluan untuk atau boleh mencetuskan kepuasan syahwat.

Ada individu tertarik secara seksual terhadap bra, stoking, sarung tangan, barangan berasaskan kulit,  kasut, atau apa-apa objek atau bahagian tubuh badan seperti kaki, rambut, atau tangan, demi mencapai kepuasan seksual.

Dalam kes ini, lelaki itu tertarik dengan seluar dalam wanita. Kau tahu, di UK, ada seorang lelaki ditangkap kerana melakukan seks dengan 450 buah traktor.

Fetish lelaki itu ialah traktor.”

Oyeng tercengang kemudian berdekah-dekah.

“Biar betul?” “Sungguh.

Aku tak tipu.

Berita itu ada terpapar di pelantar digital dailystar. co.uk, bertarikh 21 Oktober 2015.”

“Lucunya!” “Mungkin lucu bagi kita, Oyeng tetapi tidak mereka.

Itu salah satu bentuk kecelaruan seksual.

Fetisyisme, kebiasaannya berlaku dalam kalangan lelaki dan ia dianggap perkara yang biasa.

Namun, ia akan menjadi perkara yang luar biasa dan perlukan rawatan apabila fetisyisme menyebabkan individu mengalami tekanan psikologi yang melampau.

Engkau tahu, di dalam Manual Diagnostik dan Statistik Kesihatan Mental, terdapat satu kecelaruan yang dikenali sebagai kecelaruan parafi lia (KP).

KP ialah satu kecelaruan yang melibatkan fantasi yang tidak tipikal, berulang serta membangkitkan dorongan seksual atau tingkah laku yang boleh menyebabkan individu mengalami tekanan atau perbuatannya melibatkan risiko bahaya terhadap diri atau orang lain.

Salah satu KP ialah Kecelaruan Fetisyisme (Fetishistic Disorder).” “Oh, aku baru tahu! Mengapa lelaki yang banyak mengalami fetisyisme itu?” soal Oyeng.

“Lelaki dikatakan lebih sensitif terhadap rangsangan visual berbanding wanita.”

Aku duduk di sebelah Oyeng. Semilir mengucup wajahku. Aku mengeluarkan keropok Corntoz perisa keju lalu kami berdua makan bersama-sama.

“Fetisyisme itu ramai dan memang biasa di dalam komuniti tetapi jika pesakit yang didiagnos mengalami Kecelaruan Fetisyisme, hanya lebih kurang satu peratus di dalam populasi.

Kecelaruan Fetisyisme jarang dilaporkan oleh pesakit sebagai punca utama kesihatan mental mereka.

Mungkin mereka malu untuk berjumpa psikiatri atau pegawai psikologi klinikal.

Eh, sejak tadi aku bercerita, fahamkah engkau dengan apa-apa yang aku cakapkan ini?” aku pula menyoal Oyeng.

“Apa-apa yang aku faham daripada penjelasan engkau ialah fetisyisme itu mungkin luar biasa tetapi tidak semestinya abnormal.

Jika seseorang individu itu hanya tertarik kepada sesuatu objek yang boleh menimbulkan berahi terhadap dirinya tetapi tidaklah sampai menyebabkan perbuatan tersebut menjadi satu tekanan psikologi terhadapnya, ia tidak disebut kecelaruan tetapi jika berlaku sebaliknya, menjejaskan keseluruhan fungsi individu tersebut dan dia menjadi murung, individu tersebut memerlukan rawatan dari pakar.” “Wah, pandailah engkau, Oyeng.”

“Mestilah, aku ini kucing yang bukan sahaja tampan malah bijak juga.

Memandangkan engkau dah memuji aku, belanjalah aku makan aiskrim gula apong itu sambil kita cakap-cakap.

Nanti aku bawa engkau ke kedai kek ajaib itu.” Aku ketawa dan mengiakan sahaja kehendak si Oyeng itu.

Kami membeli aiskrim gula apong di kedai wanita berkepala Murai yang sangat peramah dan suka bercakap.

Ketika dalam perjalanan ke kedai kek itu, kami terserempak semula dengan lelaki berwajah Bonoba itu.

“Eh, ada lagi lelaki itu! Engkau lihat di tangannya.

Dia benar-benar suka dengan seluar dalam berwarna merahlah. Adakah penggemar seluar dalam, perlu warna-warna tertentu untuk menaikkan nafsu mereka, dude?” soal Oyeng.

“Tidak juga, Oyeng. Bergantung dengan individu.

Mungkin dengan warna merah sahaja yang membuatkan lelaki berwajah Bonoba itu mencapai tahap kepuasan seksual yang diinginkan, jadi, dia curi seluar dalam berwarna merah sahajalah.”

“Dalam kalangan kucing, tiada juga keinginan sedemikian. Golongan manusia, memang pelik-pelik sahaja perangainya.

Adakah mereka itu gila?” Oyeng bertanya sembari menggentel tahi hidung.

“Pelik atau tidak, Oyeng, kecelaruan seksual ini mempunyai punca.

Kalau engkau nak tahu, fetisyisme dalam kalangan manusia ini akan jelas atau dapat dikesan semasa atau sebelum tempoh mencapai akil baligh atau sebelum remaja.

Sesetengah pakar mempercayai yang fetisyisme dan kecelaruan parafilia yang lain, terbentuk menerusi pengalaman seawal zaman kanak-kanak.

Lagi satu, mereka bukan gila.

Molek jika engkau baca informasi ini supaya lebih faham kondisi mereka. Nah.” Aku menyerahkan telefon bimbitku kepada Oyeng.

Oyeng mula membaca.

Behaviorism ialah aliran dalam psikologi yang memfokuskan kajian terhadap tingkah laku sebagai reaksi terhadap rangsangan luaran dengan mengetepikan aspek-aspek yang melibatkan aktiviti mental seperti pemikiran dan perasaan dalaman.

Aliran ini menjelaskan bahawa tingkah laku dapat dipelajari melalui penerapan rangsangan dan ganjaran, serta memahami hubungan antara tingkah laku dengan persekitaran luaran.

Behaviourism menggunakan terma conditioning dan reinforcement untuk menjelaskan proses pembentukan tingkah laku.

Terma conditioning ialah merujuk proses pembelajaran di mana tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh pemberian rangsangan tertentu dalam sesuatu konteks.

Terma reinforcement pula merujuk proses suatu rangsangan (pengukuh) dan diikuti dengan suatu tingkah laku yang berkemungkinan rangsangan tersebut akan meningkatkan pengulangan tingkah laku tersebut.

Terdapat dua bentuk reinforcement iaitu positive reinforcement (PR) dan negative reinforcement (NR).

PR merujuk pengulangan suatu tingkah laku disebabkan oleh kehadiran rangsangan yang menyenangkan selepas tingkah laku tersebut dilakukan manakala NR pula merujuk pengulangan tingkah laku disebabkan oleh pengguguran rangsangan yang tidak menyenangkan terhadap tingkah laku tersebut.

Sebagai contoh, kita lihat bagaimana operant conditioning yang melibatkan reinforcement boleh mencetuskan fetisyisme.

Seorang kanak-kanak telah melihat perlakuan seksual secara tidak sengaja antara pasangan dewasa, dan ketika itu dia melihat wanita menggunakan pakaian dalam yang menonjol, disusuli dengan tindakan godaan (mungkin si wanita melemparkan pakaian dalamnya lalu dikutip oleh kanak-kanak atau remaja itu) sekali gus pakaian dalam itu menyebabkan nafsunya membuak dan berakhir dengan tindakan beronani kerana membayangkan perlakuan seksual melalui pakaian dalam tersebut.

Pakaian dalam itu ialah stimuli manakala kepuasan yang diperoleh selepas tindakan mengeluarkan keju itu adalah sejenis reinforcement.

Maka, jika ia berlarutan dengan menggunakan stimuli yang sama, kanak-kanak/ remaja itu akan menjadikan pakaian dalam sebagai medium kepuasan seksual.

Selain itu, fetisyisme boleh dilihat jelas dalam kecelaruan parafilia yang lain seperti sadomasochism.

Selain itu, terdapat teori yang mencadangkan bahawa gangguan fetish mungkin timbul daripada keraguan tentang maskulin, kekuatan, atau ketakutan terhadap penolakan dan penghinaan.

Justeru, menerusi fetisyisme, individu melindungi diri daripada atau mengimbangi perasaan tidak memadai menerusi pengawalan terhadap objek.

Secara amnya, bagi pesakit yang mengalami kecelaruan parafilia, kombinasi rawatan seperti psikoterapi dan penggunaan anti-androgens dijalankan.

Dadah ini boleh menghalang androgens (dalam kes ini, testosteron) sekali gus menurunkan kadar hormon dan keinginan seksual pada lelaki secara sementara.

Selain itu, kajian penggunaan cyproterone, medroxysprogesterone dan leuprolide untuk rawatan parafilia yang bertujuan untuk menurunkan kadar testosteron ada dijalankan namun dos yang digunakan hendaklah dikawal selia dan penggunaannya tidak digalakkan pada sesetengah kelompok pesakit parafilia.

Penggunaan anti-androgens ini boleh memberi kesan sampingan.

Psikoterapi seperti Aversion Therapy (AT) dan Desensitization dikatakan dapat merawat pesakit kecelaruan fetisyisme.

AT ialah satu terapi yang menggunakan rangsangan yang tidak menyenangkan untuk mengurangkan/ merawat tingkah laku yang tidak diingini.

Ia berdasarkan teori Behaviourism.

Terapi ini digunakan untuk merawat ketagihan.

Desensitization pula terapi untuk mengurangkan rasa gelisah menerusi beberapa siri latihan.

Terapi Desensitization turut digunakan untuk merawat fobia.

Meskipun punca fetisyisme tidak jelas namun teori-teori yang dikemukakan adalah untuk memahami mengapa perbuatan itu berlaku Bonobana terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang ” 

Oyeng menyerahkan telefon kepadaku dan menatapku dengan wajah yang serius.

Kemudian dia bermenung.

“Apakah yang engkau fikirkan?” tanya aku.

“Aku tertanya-tanya, tidakkah lelaki berwajah Bonoba itu pengsan apabila menghidu seluar dalam aku yang tidak berbasuh itu?

Pasti ada bau belacan pada seluar dalam itu.” Aku terkesima.

Sampai ke situ pula pemikirannya.

“Haih, engkau ini! Manalah aku tahu jawapannya.

Lebih baik kalau engkau bertanya sendiri dengan lelaki berwajah Bonoba itu.

Eh, itu dia!” “Oi … oi. Sini dulu.”

Oyeng memanggil lelaki itu.

Lelaki berwajah Bonoba itu menghampiri kami.

“Kenapa?”

“Aku ingin bertanya.

Bagaimanakah perasaan engkau apabila menghidu seluar dalam yang ada gambar kucing tersenyum seperti ini (Oyeng membuat gaya itu) yang engkau curi dulu?” Lelaki itu bungkam.

Dia merenung tepat ke arah Oyeng.

“Wangikah?” soal Oyeng semula.

Matanya berbintangbintang.

Suasana menjadi krik krik.

Kemudian, lubang hidung lelaki itu menguncup-mengembang.

Dia menarik bibirnya ke atas sehingga menampakkan gigi.

Kembang kuncup lagi hidungnya.

Hodoh sungguh wajahnya.

Tiba-tiba, lelaki itu terus berlari tanpa memberikan jawapan.

“Oi … oi! Haih, tidak dijawabnya soalan kita.”

Kecewa Oyeng.

“Apa jawapannya?”

Aku angkat bahu.

Oyeng pula mendengus.

Beberapa minit kemudian, kami berdua tiba di kedai kek itu.

Aku dan Oyeng saling bertatapan.

Kedai kek yang dikatakan boleh memakbulkan hajat itu …

TUTUP! “Sebenarnya, apa hajat engkau?”

Aku hanya mengeluh.

“Aku mahu sembuh.”

Oyeng melipat dahi.

“Jom kita balik. Nantilah aku datang ke sini balik,” kata aku. “Engkau sakit, ya?” soal Oyeng. Aku hanya tersenyum lalu beredar.

Fikiranku teringat pada sesuatu di dalam beg aku. Sesuatu yang terdapat gambar kucing berwarna jingga yang sedang tersenyum.

Oleh sebab itulah, aku ingin sembuh. Bau itu masih melekat di hidungku. Mungkin, lain hari, akan aku ceritakan tentang aku.

Rahsia aku. “Aku … yang juga lelaki berwajah Bonoba.

BERITA LAIN

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Puasa Pertama Aariqin

AIRUL AFFENDI ALI “Ayah, betul ke kalau tak puasa, tak boleh raya?. Soal Aariqin dengan dahi berkerut sambil matanya mulai mendung. Aku tersenyum. Buku yang

Sanggar Puisi

Aida Nor Jumilah Abdullah 22 Januari 2024 Endau,Johor SEMANIS KURMA Ucapan syukur  nikmat Allah makanan sunnah menyegar badan ucapan selawat moga hidup berkat bersama Rahmat

BERITA TERBARU