ARTIKEL

Liew Chin Tong | Bernama

Pacu peralihan hijau industri keluli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelibatan dan sokongan institusi kewangan penting untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli Malaysia 2035 (SIR2035) khususnya dalam memudahkan peralihan hijau industri keluli.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata industri keluli yang kekal sebagai tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia menyediakan bahan mentah penting untuk sektor pembinaan, automotif, jentera, infrastruktur dan pembuatan.

“Bagaimanapun, industri ini telah lama mengalami tekanan disebabkan pelbagai cabaran struktur dan pasaran.

“SIR2035, yang dilancarkan pada 29 September oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyediakan hala tuju yang jelas untuk memperkukuh daya tahan kewangan serta kelestarian alam sekitar industri tersebut,” katanya ketika berucap dalam sesi dialog bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan pemain industri keluli, pada Jumaat.

Liew turut mengucapkan terima kasih kepada Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan pasukannya kerana menganjurkan pertemuan yang menjadi platform libat urus bermakna antara industri keluli dengan institusi perbankan itu. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha