ARTIKEL

Pacu transformasi digital industri automotif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan My Digital ID Sdn. Bhd. (MyDigital ID) bagi mendapatkan akses pengesahan pengguna seiring usaha syarikat kenderaan kompak itu ke arah transaksi tanpa tunai.

MyDigital ID merupakan inisiatif Identiti Digital Nasional yang selamat dan dipercayai selain dibangunkan untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan akses yang selamat serta lancar bagi perkhidmatan digital kerajaan dan swasta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, proses pengesahan yang dijalankan merupakan titik permulaan yang selamat bagi memastikan semua pengguna dilindungi oleh pakar keselamatan siber di negara ini.

“Kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya bagi industri automotif di negara ini dan memandangkan MyDigital ID bertindak sebagai pengawal akses atau ‘gatekeeper’ bagi pengesahan transaksi di negara ini.

“Ia membolehkan kami mempelbagaikan lagi perkhidmatan kepada para pelanggan kami khususnya serta kepada semua rakyat Malaysia secara amnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, syarikat juga menyokong seruan kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai di samping memanfaatkan ciri keselamatan siber kukuh yang disediakan oleh MyDigital ID.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MyDigital ID Mohd Azuddin Parman berkata, kerjasama strategik dengan Perodua menunjukkan kepentingan peranan identiti digital bagi memacu pembaharuan digital di dalam industri automotif.

“Kuncinya iaitu memastikan pengesahan identiti digital yang dipercayai di samping menjadikan interaksi digital lebih selamat dan mudah. Ia memperkasakan industri seperti automotif untuk menawarkan pengalaman selamat dan mesra pengguna kepada setiap pelanggan,” katanya. – Bernama 

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU