ARTIKEL

gambar hiasan

Padah baling mercun di stadium

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki kerana membaling mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kuching City dengan Selangor FC di Stadium Negeri, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira 10.50 malam untuk siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

“Semasa penugasan jaga aman dijalankan, didapati seorang lelaki yang berada di tempat duduk penonton membaling objek ke arah balapan stadium dan berlaku bunyi letupan yang kuat disyaki mercun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut meminta saksi kejadian untuk menyalurkan maklumat berkaitan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah, SM Kipli Jeman di talian 019-6784444.

Mohd Farhan turut menasihati orang ramai yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak agar tidak membawa barang terlarang terutama bahan letupan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan