ARTIKEL

Padah curi topi keledar, penjaga stor dipenjara dan didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah mencuri sebuah topi keledar milik pelanggan kurier, seorang penjaga stor sebuah syarikat kurier dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Nazruddin Musa, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Zaiton menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap tertuduh sekiranya gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis kurier di Jalan Swasta, kira-kira jam 5 petang, 28 Januari lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, rakan sekerja tertuduh diarahkan oleh ketua mereka membuat semakan pada Rakaman Kamera Tertutup (CCTV) kerana terdapat seorang pekerja telah mencuri.

Rakaman CCTV menunjukkan tertuduh membawa keluar barang dari premis kurier itu dan memasukkan barang terbabit ke dalam kereta miliknya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU