KUCHING: Tujuh lelaki warga tempatan ditangkap kerana dipercayai terlibat dengan membakar dan membaling cat ke atas rumah seorang mangsa pinjaman wang tanpa lesen (Along).
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kesemua suspek ditangkap susulan laporan polis yang diterima daripada mangsa pada 7 Julai lalu, selepas menerima kiriman video melalui Whatsapp menunjukkan rumahnya di Kota Samarahan telah dibakar.
Selain itu, katanya terdapat tiga lagi kejadian yang melibatkan kedai perabot dan
rumah mangsa yang telah disimbah cat merah.
“Siasatan awal mendedahkan bahawa suspek menerima upah untuk membakar dan membaling cat merah ke rumah mangsa melalui tawaran kerja di media sosial dengan upah sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Azman berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 17 Julai lalu.
Katanya sebanyak empat
kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 436/507 dan
427/507 Kanun Keseksaan.
Menjelas lanjut, beliau berkata Seksyen 436 Kanun Keseksaan boleh dijatuhkan hukuman
penjara sehingga 20 tahun
dan denda.
Manakala Seksyen 427 Kanun keseksaan boleh membawa hukuman
penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun
dengan denda atau kedua-dua dan
Seksyen 507 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman
penjara selama dua tahun.
Justeru, beliau berkata
pihak polis kini sedang giat mengesan rangkaian sindiket Along
terbabit untuk siasatan lanjut.
Sehubungan itu, beliau berkata orang awam dimohon untuk
menyalurkan sebarang maklumat kepada Pegawai Penyiasat
Insp Mustapha Ramli di talian 019-8145090.
Mohd Azman turut menasihati
orang ramai supaya tidak terpedaya dengan
mana-mana tawaran pinjaman wang dari mana-mana media
sosial atau iklan daripada Along.