ARTIKEL

Gambar hiasan

Padah menagih dadah berulang, lelaki dipenjara lima tahun, satu sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan dadah jenis syabu secara berulang.

Tertuduh, Adzrul, 27, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan, dia didapati mengambil dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar jam 11.05 pagi pada 21 Ogos 2025.

Semakan rekod mendapati tertuduh mempunyai dua sabitan lampau mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 26 Januari 2024.

Bagi kesalahan berulang itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1)(b) akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebatan tidak melebihi tiga kali jika sabit kesalahan.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun sejurus selesai menjalani hukuman tersebut.

Noorhisham menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 28 Ogos 2025.

Berdasarkan fakta kes, pihak polis menahan tertuduh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sebelum ujian saringan awal air kencing mengesahkan dia positif dadah.

Laporan sampel urin daripada Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak kemudiannya mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,