Padah sogok pegawai JPJ

KUCHING: Seorang lelaki mengaku bersalah memberi rasuah sebanyak RM50 kepada seorang pegawai JPJ untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya dikenakan hukuman penjara satu hari dan denda RM10,000 ataupun dua bulan penjara semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Nixon Kennedy Kumbong mengenakan hukuman berkenaan terhadap Elvis Hiu Kiew Kang, 26, setelah dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Elvis Hiu telah memberi rasuah sebanyak RM50 kepada Gureh Ak Rekan seorang pemeriksa kereta motor Gred AB29 supaya pengadu tidak menmgambil tindakan terhadapnya mengikut Seksyen 6(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut fakta kes pada 23 Jun 2018 JPJ, PDRM, AADK dan SPRM telah mengadakan Ops Bersepadu Motosikal diketuai JPJ di KM24 Jalan Kuching/Serian.

Pada operasi itu, pemeriksa kereta Motor Gred AB29 Jasmi dan pembantu penguat kuasa Ged KP22 Churchill telah menahan sebuah Perodua Myvi dengan pendaftaran QAA6993L dan dilanjutkan kepada pemeriksaan kereta Motor Gred AB29 Guroh Ak Rekan untuk pemeriksaan lanjut.

Guroh mendapati kereta Myvi mempunyai lampu yang diubah suai dengan densiti tinggi satu kesalahan bagi lampu HID mengikut Seksyen 6(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada masa itu, tertuduh meminta saman tidak dikenakan dan memberi RM50 kepada pengadu sebagai hadiah supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Suara Sarawak