ARTIKEL

Padah tampar isteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun semalam kerana sering menampar isterinya.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata perbuatan suspek menyebabkan isterinya yang juga warga Filipina mengalami lebam di muka dan lengan.

“Suspek mengaku ada menampar serta menolak isterinya semasa kejadian namun tidak menggunakan apa-apa senjata.

“Hasil siasatan, kejadian disebabkan oleh perselisihan faham antara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aidil, suspek dilaporkan sudah lima kali melakukan perbuatan itu dalam sepanjang tempoh mereka berkahwin sejak 2019 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun.

Katanya, suspek bertindak menampar dan menolak mangsa setiap kali mereka bertengkar.

Susulan itu katanya, suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Suspek ditahan dan akan direman pada 6 November untuk siasatan lanjut.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas