ARTIKEL

Pakan penggerak utama aktiviti ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PAKAN: Daerah Pakan dapat dikembangkan sebagai penyumbang kepada penggerak utama aktiviti ekonomi terutama di kawasan tengah Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Stephen Rundi Utom berkata ia dapat direalisasikan sekiranya kekayaan tanah, sumber dan bahan mentah di Pakan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Daerah Pakan yang terletak di kawasan tengah Sarawak, merupakan lokasi strategik untuk dijadikan sebagai rangkaian utama logistik memasarkan produk pertanian.

“Oleh itu, manfaatkanlah kelebihan yang ada ini dalam melonjakkan sosioekonomi rakyat bagi mencapai matlamat menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Teks ucapannya disampaikan oleh Penasihat Premier (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Tan Sri William Mawan Ikom dalam Majlis Pelancaran Pesta Pakan Agrofest 2023, di sini semalam.

Ujarnya lagi, penganjuran Pesta Pakan Agrofest 2023 kali ini merupakan landasan terbaik dan berkesan untuk menarik masyarakat dalam dan luar Sarikei untuk datang ke daerah itu.

“Kunjungan masyarakat luar amat penting terutamanya dalam industri berasaskan ekopelancongan, keusahawanan, aktiviti perniagaan dan impak positif yang lain.

“Bagi memastikan pesta ini berada pada landasan tepat dan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat di Pakan, pelbagai usaha penambahbaikan dan pendekatan baharu wajar diketengahkan,” katanya.

Tambah beliau, jangan pernah berpuas hati dengan prestasi dicapai selama ini, tetapi harus terus melakukan perubahan, penambahbaikan kepada program sedia ada.

“Mantapkan aktiviti yang menjadi kegemaran orang ramai dan jadikannya sebagai tarikan utama kepada pengunjung,” ujarnya.

Rundi berkata bagi memastikan ia direalisasikan selaras matlamat utama penganjurannya, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting.

Beliau turut mengalu-alukan sebarang cadangan atau usul untuk melakukan pembaharuan dari pelbagai sudut.

“Justeru, saya berharap penganjuran Pesta Pakan Agrofest 2023 ini memberi impak yang besar kepada Pakan.

“Saya juga berharap masyarakat kita mengamalkan pertanian komersial untuk meningkatkan pendapatan dan tahap sosioekonomi kawasan luar bandar,” katanya.

Pada majlis itu, seramai lima individu terpilih menerima Anugerah Peladang Jaya yang turut menerima wang tunai RM1,000.

Penerima anugerah termasuk Ramunai Asap dalam Kategori Industri Asas Tani, dan Kedu Jupong bagi Kategori Tanaman Makanan Tanaman Sayur Sistem Jejaring.

Bagi kategori Tanaman Komoditi Kelapa Sawit, anugerah itu dimenangi Mathew Gundi Pana, manakala Kategori Tanaman Komoditi Lada diterima oleh Balang Lenggang dan Kategori Perikanan Darat Ternakan Ikan Kolam Air Tawar dimenangi oleh Japar Itam.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan