ARTIKEL

Mawan memotong riben sebagai simbolik merasmikan Majlis Kesyukuran Atas Perlantikan 21 Tuai Rumah di Rumah Minang, Batu 2 Jalan Pakan/Engkamop.

Pakan terkenal sebagai daerah paling mesra di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Perkasakan pentadbiran peringkat akar umbi dengan mengadakan kursus kepimpinan untuk Ketua Masyarakat dan Ketua Komuniti (KMKK), saran ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom.

“Saya berharap agar kita di Pakan ini dapat mengadakan kursus kepimpinan di peringkat akar umbi supaya KMKK dapat bekerja dengan lebih efisien.

“Saya juga meminta para pemimpin agar sentiasa berkongsikan segala maklumat serta ilmu ke arah usaha bersama dan bersepadu melahirkan komuniti yang harmoni dan maju,” ujarnya.

Beliau merangkap Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) berkata demikian pada Majlis Kesyukuran Atas Perlantikan 21 Tuai Rumah di Rumah Minang, Batu 2 Jalan Pakan/Engkamop yang turut disertai lebih 80 orang KMKK.

Menurut Mawan lagi, kesemua 21 orang Tuai Rumah tersebut haruslah sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab terhadap komuniti serta haruslah saling bekerjasama.

“Anda semua yang telah menerima watikah perlantikan sebagai Tuai Rumah daripada kerajaan Sarawak, haruslah menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“Galas tanggungjawab tersebut dengan amanah, telus dan berprinsip,” seru Mawan.

Ujar Mawan lagi, kepimpinan yang lestari akan mengangkat martabat Daerah Pakan ke status pembangunan yang dinamik, lebih maju dan cemerlang.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, khususnya para pemimpin yang sentiasa memberikan sokongan serta komitmen dalam membangunkan Daerah Pakan.

“Hasil sokongan ini, Pakan tidak lagi dikenali sebagai daerah termiskin di Malaysia tetapi sekarang terkenal dan diwar-warkan oleh media nasional sebagai daerah yang paling mesra (The Most Friendly District),” kata Mawan.

Turut berucap pada majlis berkenaan, Tuai Rumah Minang Jelinggai yang merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Mawan dan kerajaan Sarawak.

“Terima kasih kepada Tan Sri William Mawan dan Kerajaan Sarawak yang memberi kepercayaan kepada kami bagi menggalas tanggungjawab sebagai Tuai Rumah, lebih-lebih lagi kepada saya seorang wanita.

“Saya cukup yakin bahawa kaum wanita boleh memainkan peranan aktif dan berkesan sebagai pemimpin kerana memiliki naluri dan rasa cinta lebih tinggi kepada rakyat.

TERUJA…Biro Wanita Rumah Minang bersama-sama Mawan memotong kek pada majlis berkenaan.

“Kaum wanita harus lebih berani dan bersemangat kerana kaum hawa lebih banyak kelebihan sebagai pemimpin berbanding lelaki.

“Oleh demikian, maka saya berani menyahut cabaran untuk menganjurkan majlis ini buat julung kalinya diadakan bagi kawasan Pakan,” kata Minang.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi