Pakar Australia baik pulih sekolah

KUCHING: Pengetua Sekolah SMK St Joseph Henry Chai berharap lebih ramai individu terutama bekas pelajar sekolah itu menderma dan membantu pihaknya menaik taraf blok Mill Hill sekolah berkenaan.

Katanya, pihaknya berjaya mengumpul RM2.5 juta daripada RM3.7 juta yang disasarkan sebelum ini.

“Kita ingin berterima kasih terutama kepada Kerajaan Sarawak terutama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana memperuntukkan geran RM1.5 juta untuk menjayakan usaha ini.

“Sebelum ini jumlah terkumpul kini ialah sebanyak RM1 juta hasil usaha semua pihak terlibat. Kini sedang berusaha memenuhi baki RM1.2 juta lagi untuk menaik taraf bangunan sekolah ini,” katanya kepada Suara Sarawak selepas program Ora Et Labora 2019 di sekolah berkenaan, semalam.

Kini, katanya proses berkaitan membaik pulih bangunan tersebut berjalan lancar.

Ujarnya, larian tersebut diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Melalui larian ini, kita mahu memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan kepada sekolah lama mereka.

Henry Chai

“Untuk program seterusnya, kita juga akan adakan larian, selain makan malam penyatuan semula bagi mengumpul dana selain meminta derma daripada kerajaan dan pemimpin,” ujarnya.

Sehingga kini katanya, bangunan tersebut dikosongkan bagi memastikan keselamatan khasnya pelajar dan staf.

“Kini bilik staf kita dipindahkan ke auditiorium.

“Manakala perpustakaan kita tukar kepada bilik darjah untuk pelajar tingkatan enam dalam lingkungan 30 orang.

“Ini memang cabaran bagi kita.

Selain itu kita juga tiada bilik khas untuk kelas tambahan dan kelas pemulihan apatah lagi bilik khas untuk bermesyuarat,” tambahnya lagi.

Ujarnya, projek menaik taraf dan baik pulih bangunan berkenaan sudah berjalan untuk tempoh setengah tahun.

“Baik pulih bangunan ini ia tidak sama seperti bangunan yang ada kini.

“Baik pulih bangunan ini menggunakan khidmat pakar dari Australia kerana mereka mempu- nyai kepakaran dan kemahiran berkaitan bangunan bersejarah seperti bangunan Mahkamah Lama di Kuching.

“Struktur bangunan ini menggunakan blok, bukan seperti bangunan kini.

“Bangunan ini juga penuh dengan sejarah sejak 1898 lagi dan menjadi legasi yang utuh.

“Jadi kita perlu kekalkannya untuk generasi akan datang,” katanya lagi.

Suara Sarawak