ARTIKEL

REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa

Pakistan kecam pencerobohan Israel di GAZA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Pakistan mengecam pencerobohan tentera Israel di bandar Rafah, Gaza, yang jelas mengingkari perintah mahkamah antarabangsa baru-baru ini supaya tidak melakukan genosid terhadap rakyat Palestin. 

“Serangan Israel di Rafah melanggar langkah sementara yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi melindungi penduduk Gaza.

“Tindakan itu akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang telah berlanjutan sejak empat bulan lalu dan menjejaskan usaha berterusan terhadap potensi gencatan senjata,” menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan pada Isnin.

Pakistan menggesa masyarakat dunia dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil langkah segera menamatkan pencerobohan dan jenayah berterusan terhadap kemanusiaan yang dilakukan rejim Israel.

Ancaman Israel untuk meluaskan serangan tenteranya ke Rafah berhampiran sempadan Mesir telah menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meniru perbuatan pemimpin Nazi Adolf Hitler dan melanggar batas kekejaman pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

“Walaupun kuasa Barat secara terbuka menggesa Israel menghentikan keganasan, mereka menutup mata terhadap kekejaman Netanyahu dengan berselindung di sebalik alasan Hamas,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU