Trending

Palet kayu sumber tenaga baharu Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg | UKAS

SIBU: Sarawak mengkaji penggunaan palet kayu sebagai pengeluaran tenaga boleh diperbaharui seperti yang digunakan di United Kingdom.

Palet kayu boleh menjana 2,500 megawatt tenaga.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak boleh menjadi pembekal kepada palet kayu.

Katanya usaha penanaman pokok yang cepat tumbuh di hutan yang terdegradasi banyak terdapat di negeri ini.

“Maksudnya apa-apa yang kita lakukan ialah kita merancang dan menanam semula kawasan hutan yang terdegradasi dengan spesies baharu yang berkembang pesat yang menjadi bahan mentah untuk palet kayu ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-63 Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak Tengah di sebuah hotel terkemuka pada Ahad.

Jika Sarawak mengeluarkan lebih banyak, ia boleh dijual sebagai barangan eksport, ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru