ARTIKEL

Pameran PTA Swinburne tingkat pendedahan graduan dalam industri terkemuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penganjuran pameran Projek Tahun Akhir (PTA) membuka peluang kepada Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak meningkatkan penglibatan graduannya dalam industri termuka di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Swinburne Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, Fakulti Kejuruteraan, Pengkomputeran dan Sains (FECS) meraikan satu lagi pencapaian apabila berjaya menganjurkan pameran PTA Semester Dua 2023 pada 4 Disember lalu.

Menurutnya, ia menjadi platform graduan tahun akhir mempamerkan projek masing-masing.

“Pameran PTA dihadiri oleh lebih 400 delegasi termasuk 38 wakil industri. Sebanyak 181 projek melibatkan pelbagai disiplin dibentangkan.

“Apa yang menarik wakil industri memberikan maklum balas positif, yang seterusnya memberi inspirasi kepada jurutera, saintis dan ahli teknologi.

“Sehubungan itu, usaha dan inisiatif menyeluruh yang dipaparkan semasa pameran membuka peluang kepada Swinburne Sarawak meningkatkan penglibatan graduannya dalam industri termuka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, ia bukan sahaja menyokong penuntut tahun akhir dalam mempamerkan projek penyelidikan masing-masing, tetapi mendorong Universiti Swinburne ke arah status sedia masa hadapan melalui penglibatan luar yang lebih luas di peringkat domestik dan antarabangsa.

Selain, mempamerkan cara universiti Australia menyelaraskan programnya dengan wawasan Horizon 2025 dalam memenuhi Swinburne Moonshots, yang menekankan perolehan pengalaman industri, pembelajaran sepanjang hayat dan kerjasama dengan pihak berkepentingan luar.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan