Panas bulan tujuh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ANAK kecil dan gadis kecil dalam bahasa Sepanyol atau El Nino dan La Nina bersekongkol membentuk siklus El Nino-Osilasi Selatan (ENSO) untuk melanggar global khususnya di kawasan tropika pada pertengahan 2023.

Bahkan, National Atmospheric and Oceanic Administration (NOAA) meramalkan fenomena kesan perubahan arus Lautan Pasifik itu, 90 peratus dijangka berlanjutan sehingga memasuki 2024.

Rekod lepas menunjukkan “anak kecil dan gadis kecil” ini bergandingan memicu cuaca ekstrem seperti Taufan Freddy yang membadai beberapa bahagian bumi Afrika.

Sebelum itu, pada awal Mei, Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) menjangka 60 peratus El Nino pecah dan parah pada akhir Julai tahun ini.

Pakar lain meramalkan, 80 peratus El Nino mencatat rekod panas baharu menerjang pada akhir September.

Kesan panas ini cukup kuat menyumbang kepada perubahan pola cuaca global dan memberi impak serius kepada ekosistem laut yang sedia terkesan akibat perubahan iklim.

Di sebalik peristiwa silam, menunjukkan El Nino dan La Nino terjadi setiap dua hingga tujuh tahun sekali.

Namun, akibat perubahan iklim global, kemunculan “hasil ziarah” kedua-duanya, semakin tidak menentu.

El Nino yang lemah terjadi antara Februari hingga Ogos 2019 lepas.

Antara Julai 2020 dan Mac 2023 pula, La Nina berlaku tiga kali ganda dan menekan kenaikan suhu global.

Baca lain  Pakai semula pelitup muka

Banjir kilat

Yang anda saksikan hujan dan banjir kilat berlaku di luar musim tengkujuh baru-baru ini di negara tropika, itu mungkinkah berkaitan hasil penangan La Nina?

Keberkesanan El Nino mampu menaikkan suhu permukaan laut 1 hingga 1.5 darjah Celsius.

Namun, seperti lazimnya orang bestari berkata, setiap kejadian ada hikmah tersembunyi di sebaliknya, justeru di sebalik kehadiran La Nina, kondisi iklim global jadi dingin.

Jadi tanpa La Nina, kesan suhu panas berpotensi menjadi lebih buruk.

Sesuai hujah, bahawa panas ekstrem boleh menyebabkan Bumi pecah atau dingin melampau membekukannya.

Tahun 2016 pernah direkodkan sebagai tahun “pukulan ganda” El Nino yang sangat panas berpunca daripada tangan manusia dengan cetuskan kesan gas rumah kaca.

Selanjutnya, WMO menjangka kesan kuat El Nino berlaku 2024 sehingga memaksa negara seperti Indonesia, Australia dan sebahagian Asia Selatan harus sedia mendepani impak El Nino.

Naiknya suhu laut pula akibat pengaruh El Nino ini, negara di sebelah langit yang lain seperti Amerika Selatan, AS, tanduk Afrika dan Asia Tengah dilanggar La Nina sehingga belahan bumi itu mengalami peningkatan curahan hujan.

Baca lain  Pengundi pegang kad prestasi YB

Kerana El Nino, Indonesia melakukan persiapan awal, khuatir ia mengancam produksi pertanian.

Kemarau basah

Namun, terdapat pakar mengingatkan agar jangan terlalu takut berlebihan.

Meskipun berlaku El Nino, masih ada curahan hujan di pelbagai daerah yang mungkin membuat negara 300 juta populasi itu mengalami ‘kemarau basah’.

Pada 2015 silam, Indonesia rentan dilanda El Nino sehingga merosakkan 244.861 hektar pertanian termasuk menyumbang kebakaran hutan dan kekeringan di banyak tempat.

Malah ketika itu, fenomena El Nino menyumbang kepada inflasi harga makanan di pasaran.

Berdepan badi El Nino, Indonesia juga siap menandatangani kontrak dengan empat negara; India, Pakistan, Vietnam dan Thailand untuk mengimport 500,000 tan beras sebagai bahagian daripada import 2 juta tan beras tahun ini.

Ramalan awal menjangkakan 41 peratus tanaman padi mengalami kekeringan ekstrem sehingga kerajaan membuat persiapan ‘berperang’ melawan El Nino sejak awal.

Bencana kering

Di peringkat global, ekoran El Nino, World Food Programme menjangka tiga daripada lima keluarga kehilangan pendapatan akibat iklim kering.

Manakala, satu daripada lima keluarga harus mengurangi pengeluaran untuk makanan impak bencana kekeringan itu.

Seperti dikatakan tadi, bahawa El Nino dan La Nina akan menerjang saling bersama atau berselang.

Baca lain  Didik anak dengan sabar

Justeru, meskipun bukan berita baik untuk manusia kerana sama ada cuaca panas dan kering atau dingin dan basah, kedua-duanya pasti memberi kesan Di tengah-tengah panas dan kering ini diramal hujan masih mengguyur, menyejukkan Bumi dan memberikan air.

Di peringkat global, WMO juga menjangka bumi akan melewati rekod ambang batas suhu panas dalam lima tahun ke depan.

Sepanjang 2023 hingga 2027, suhu bumi dijangka 66 peratus naik di atas 1.5 darjah Celsius.

Dan pada akhir tahun 2023, negara di dunia bertemu pada Sidang Puncak Iklim COP28 PBB di Dubai, menilai kemajuan yang disepakati pada Perjanjian Iklim Paris lepas.

Mampukah negara didunia mencapai sasaran agar tetap berada dalam paras panas 1.5 darjah Celsius dengan mengurangi pencemaran yang terus memaksa planet Bumi memanas sehingga lebih 40 peratus pada 2030.

Jelas, tahun terpanas di Bumi pernah tercatat berlaku pada 2016 silam dipengaruhi El Nino yang parah.

Setakat ini “anak kecil dan gadis kecil” ini tampaknya saling menyenangkan, walaupun keduaduanya kelihatan sama-sama menyerang Bumi.

Namun, soalan yang sesuai ditanya sekarang ialah, seberapa akrab kompromi antara “anak kecil” dengan “gadis kecil” ini menyumbang kepada kestabilan iklim atau cuaca dunia mutakhir?

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Kebangkitan BRICS

BRIC singkatan kepada kelompok negara Brazil, Rusia, India dan China

Asfalt pun meleleh

FENOMENA alam; berlakunya tekanan tinggi di atmosfera memaksa udara panas

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang

Lain-lain

Bijak hidu peluang

SABAN tahun ribuan pelajar di seluruh Malaysia mendapat keputusan cemerlang