ARTIKEL

Pandu lalu calitan Covid-19 bermula esok di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan aktif kontak rapat dan virus Covid-19, saringan secara pandu lalu akan bermula esok (Rabu).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sibu dalam sebentar tadi berkata, ia akan beroperasi di Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Sibu di Jalan Tun Tuanku Bujang, Sungai Merah (bersebelahan dengan Stadium Tertutup Sibu) dari jam 2 petang hingga jam 4 petang dan seterusnya beroperasi setiap hari (Isnin hingga Sabtu) jam 8 pagi hingga jam 4 petang
Katanya, Pusat Saringan di Foyer, Stadium Tertutup Sibu masih beroperasi seperti biasa untuk saringan.
“Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Arpah Adenan, atas kerjasama yang diberikan,” tambahnya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU