KAPIT: Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kapit menggesa sesiapa warga Kapit ada mengunjungi beberapa rumah panjang di Sungai Liam dan Bakong supaya tampil membuat saringan Covid-19 dengan segera.
Jurucakapnya sebentar tadi membuat gesaan itu susulan positif Covid- 19 di beberapa rumah panjang berkenaan.
Dedahnya, rumah panjang terbabit ialah Rumah Emah (sebelumnya Rumah Ramba), Sungai Liam, Miri, Rumah Apol (Sungai Liam, Miri), Rumah Chabu (Bakong, Miri), Rumah Anthony (Bakong, Miri) dan Rumah Justine (Bakong, Miri).
“Sesiapa yang mengunjungi rumah panjang yang disebut di atas dari 1 Disember hingga 17 Januari, sila tampil membuat saringan dengan kadar segera,” tegasnya.
Mereka boleh berhubung dengan Unit Kawalan Penyakit (CDC) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) seperti berikut; PKD Kapit di talian 084-799264, PKD Song (084-777833), PKD Belaga (086-461128).
“Atau mereka juga boleh terus pergi ke mana-mana pusat saringan Covid-19 yang terdekat dengan anda seperti Klinik Kesihatan Kapit, Klinik Kesihatan Song, Klinik Kesihatan Belaga dan Klinik Kesihatan Sungai Asap,” tambahnya lagi.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my