NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Pangsapuri diserbu, operator judi dalam talian ditangkap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Ashmon (tengah) menunjukkan peralatan komputer yang digunakan oleh sindiket menjalankan perjudian dalam talian.

KUCHING: Seorang warga tempatan dan dua warga Indonesia yang menjadi penganjur serta operator judi dalam talian ditangkap polis dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Jugah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata, ketiga-tiga suspek berusia 22 tahun hingga 42 tahun ditangkap oleh pasukan pembenterasan perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira jam 11 pagi hasil maklumat dan risikan yang dilakukan sebelum ini.

Katanya, pasukan operasi turut merampas pelbagai peralatan termasuk empat unit monitor komputer, empat unit pemprosesan komputer (CPU), router, modem dan peralatan lain yang digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut.

“Kesemua suspek telah menjalankan kegiatan tersebut sejak dua bulan lalu dengan gaji sebanyak RM1,500. Selain setiap operator akan dibayar bonus berdasarkan peratusan keuntungan yang diperolehi sindiket,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati pusat tersebut beroperasi secara syif untuk tempoh 24 jam sejak Ogos lalu.

“Berdasarkan kepada rekod dan transaksi, dipercayai jumlah keuntungan kasar sindiket tersebut sebanyak RM1,000 sehari.

Baca lain  Tasik Bakun bakal permata pelancongan

“Jumlah keseluruhan hasil aktiviti bagi dua bulan mencecah RM60,000,” ujarnya.

Ashmon berkata, kesemua suspek ditahan untuk tindakan selanjutnya dan kertas siasatan di buka di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 19dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru