ARTIKEL

Panjangkan Tempoh Pengajaran PEERS Bendung Kewujudan Laman Pedofilia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menambah tempoh pengajaran Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Menterinya Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan menegaskan usaha itu bertujuan membendung gejala kewujudan halaman pedofilia yang memaparkan murid sekolah di laman sosial.

Tegasnya kewujudan halaman media sosial yang memaparkan kandungan lucah dan tidak bermoral perlu dibendung segera dan diambil tindakan sewajarnya.

“KPM telah mempunyai modul garis panduan PEERS bagi meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya murid, guru dan ibu bapa.

“Tempoh masa pengajaran bagi modul PEERS akan ditambah dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027,” katanya.

Justeru beliau memohon agar semua institusi pendidikan KPM mematuhi garis panduan itu sebagai usaha menangani isu gangguan seksual yang sedang diguna pakai.

Tambahnya khidmat sokongan psikososial juga perlu terus diperkukuh untuk memberi sokongan kepada murid.

Pada masa sama, ibu bapa digesa memainkan peranan proaktif di rumah dengan mendidik dan melindungi anak-anak daripada ancaman gangguan seksual.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU