ARTIKEL

Pantai Damai bersedia!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai digesa supaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Naib Presiden PBB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, aspek penting yang perlu diberi perhatian melibatkan kerjasama kepimpinan PBB di peringkat cawangan dan ranting.

Menurutnya, tarikh PRN berkemungkinan dalam masa terdekat ini memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat pada April tahun depan.

“Apa yang perlu kita buat sekarang adalah untuk mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRN akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Randau Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kampung Jaya Bakti malam semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Adun Pantai Damai menjelaskan, ini merupakan kali pertama pilihan raya berlangsung di bawah kepimpinan Abang Johari.

“Jadi kita hendaklah pastikan PBB berjaya dengan cemerlang dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kembali diberi mandat untuk mentadbir negeri ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, setiap kali pilihan raya, cabaran sudah pasti ada terutama melibatkan parti lawan yang berusaha untuk mencabar kedudukan PBB di kawasan Dun Pantai Damai.

“Untuk menangkis cabaran ini, kita perlu memperkuatkan jentera untuk menghadapi sesiapa sahaja yang cuba untuk memasuki kawasan kita,” jelasnya.

Dr Abdul Rahman menambah, keputusan cemerlang yang dilakar sebelum ini tidak sepatutnya menjadi jentera mengambil remeh cabaran lawan.

“Kita tidak boleh memandang rendah cabaran lawan sebaliknya kita perlu memastikan orang ramai turun mengundi dan memilih calon yang kita letak untuk menjadi calon,” kata Dr Abdul Rahman.

Hadir sama Setiausaha PBB Cawangan Pantai Damai Merdehi Mas dan Ketua PBB Ranting Kampung Jaya Bakti Sulaiman Mon.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan