ARTIKEL

Pantai Damai lubuk pemain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERASAAN gembira jelas terpancara pada wajah Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi selepas Pantai Damai FC (PDFC) berjaya merangkul trofi Piala Abang Johari 2019.

Dalam perlawanan akhir yang turut disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu, DFC menumpaskan 3 Lions Rakan Cop 3-1 di Stadium Negeri petang Ahad lalu.

Gol-gol PDFC dijaringkan oleh Mohammad Hafiz Abu Bakar, Wan Badzreen Wan Yusuf dan gol sendiri pemain 3 Lions, Mohd Muizzudin Muqri Mazalan. Manakala gol tunggal 3 Lions dijaringkan oleh Iqmal Mustaqkim Kamrodin.

Sebagai Penasihat PDFC, Dr Abdul Rahman berkata, ia melupakan kejayaan manis dalam penampilan pertama PDFC pada kejohanan tersebut.

“Semua pemain menampilkan permainan begitu baik dan berdisiplin tinggi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Menurutnya, kejayaan itu juga menunjukkan kawasan Dun Pantai Damai mampu melahirkan pemain muda berbakat.

“Lebih manis lagi, terdapat pemain kita telah dipancing Kuching FA dalam saingan Liga Malaysia akan datang,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) berkata, beliau telah mengutarakan kepada Ketua Menteri agar lebih banyak kejohanan seperti itu dianjurkan termasuk di bahagian lain negeri ini.

Malah katanya, sektor korporat juga patut bersama-sama menyokong dengan menaja pasukan yang bertanding pada kejohanan tersebut.

“Kita juga mencadangkan supaya jabatan dan agensi kerajaan menyediakan pasukan untuk bersaing pada kejohanan seperti ini.

“Ia penting untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Sarawak,” jelasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU