ARTIKEL

RANDAU… Snowdan Lawan bersama-sama wakil masyarakat setempat ketika menghadiri Program Randau Ruai Bersama YB Datuk Snowdan Lawan di Rumah Augustine Entika, Rapak Tepus, Pantu semalam.

Pantu bakal mikmati kemudahan asas, perhubungan lebih baik melalui 13 projek pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PANTU: Harapan penduduk di Daerah Pantu untuk menikmati kemudahan asas dan perhubungan yang lebih baik semakin cerah apabila 13 projek pembangunan bernilai kira-kira RM500 juta dicadangkan untuk dilaksanakan.

Cadangan itu dilihat mampu membawa perubahan besar kepada kehidupan penduduk luar bandar, khususnya melalui penambahbaikan jaringan jalan raya, saliran, kemudahan awam serta akses ke kawasan kebun dan penempatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap ADUN Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan berkata, projek berkenaan melibatkan peruntukan daripada Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) serta beberapa agensi kerajaan lain.

“Antara projek paling besar ialah pembinaan Jalan Muding-Tuba-Mentu sepanjang 42 kilometer (km) yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), membabitkan kos RM265.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Randau Ruai Bersama YB Datuk Snowdan Lawan di Rumah Augustine Entika, Rapak Tepus, di sini semalam.

Snowdan menambah, ia diikuti dengan cadangan projek Jalan Menangkin/Menuang berjumlah RM77.5 juta, cadangan projek Jalan Batang Strap-Sapak-Isu-Munggu Ubah bernilai RM60.3 juta, projek Jalan Sebemban/Gayau bernilai RM38.2 juta yang sudah ditender dan projek Jalan Munggu Ubah bernilai RM35.8 juta yang dijangka siap pada Mei 2027.

Beliau berkata, pembangunan berkenaan bukan hanya tertumpu kepada jalan raya, malah turut merangkumi kemudahan yang dekat dengan kehidupan harian penduduk.

“Antaranya termasuk pembinaan Jeti Pantu bernilai RM2.3 juta, projek perparitan Pantu bernilai RM6 juta, jalan kebun Abok bernilai RM782,000 serta jalan kebun Kampung Limau bernilai RM1.42 juta.

“Turut dicadangkan pembinaan jalan menuju Wong Jaban @ Jaong Pantu bernilai RM4.625 juta, jalan menuju Wong Beranggong @ Abok bernilai RM1.3 juta, jalan kebun @ Bukit Kukuk, Sungai Merah bernilai RM894,000 serta projek awal pembukaan tapak Pejabat Daerah Pantu baharu bernilai RM5 juta,” jelas beliau.

Menurutnya, pelaksanaan projek berkenaan diharap dapat memudahkan pergerakan penduduk, membuka akses lebih baik ke kawasan pertanian dan kebun serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Justeru, beliau berharap agar semua cadangan termasuk projek yang sedang dilaksanakan ini dapat memberi impak besar ke atas pembangunan Daerah Pantu khususnya dari segi kemudahan asas, jaringan jalan raya serta kesejahteraan penduduk luar bandar.

Pada program yang sama, beliau turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rapak Tepus selain RM5,000 kepada Biro Wanita organisasi berkenaan.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk