ARTIKEL

Papua sedia baham Harimau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PAPUA New Guinea (PNG) berazam memberi tentangan sengit kepada skuad Harimau Malaya malam ini.

Susulan keputusan seri 2-2 berdepan Singapura pada aksi persahabatan di negara berkenaan Jumaat lalu, PNG tidak sabar untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan.

Bagaimanapun, ketua jurulatih, Harrison Kamake berkata keputusan malam ini bergantung kepada kemampuan pasukan gabungan pemain muda dan senior melaksanakan pendekatan taktikal yang diatur.

“Kami sudah cukup bersedia dan positif untuk berdepan dengan skuad Harimau Malaya..keputusan bergantung kepada pendekatan kepada perlawanan ini.

“Tetapi kami menghormati semua pemain Malaysia, kami tahu cara mereka bermain. 

Malaysia mempunyai pemain yang cukup berkualiti terutama kapten (pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim),” katanya.

Harimau Malaya kini memburu kemenangan keempat berturutturut dalam aksi persahabatan selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 di Johor, Mac lalu.

Hanya lima pemain daripada skuad 2016 kekal dalam pasukan PNG sekarang termasuk kapten Raymond Gunemba yang menjaringkan gol penyamaan kedua menentang Singapura.

Selain menyedari keupayaan skuad Harimau Malaya, Gunemba percaya rakan sepasukannya yang bermotivasi tinggi mampu mempamerkan aksi berkualiti untuk memberi saingan sengit.

Baca lain  Leo Messi menangi kejuaraan ke-43

“Selepas menonton perlawanan tuan rumah menentang Kepulauan Solomon, saya rasa standard skuad Harimau Malaya meningkat berbanding skuad 2016.

“Kini mereka memiliki pemain berkualiti dan kami perlu bersediak,” kata penyerang berusia 37 tahun itu.

Malaysia kini berada di ranking ke-138 dunia berbanding lawan di kedudukan ke-159.- Bernama

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh