ARTIKEL

YAKIN...Dylan Lawai Ditum ketika sesi latihan. - FOTO MOHD. ALIF NONI

Para SUKMA 2026: Dylan mahu lakukan kejutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Bintang para memanah Sarawak baharu, Dylan Lawai Ditum siap sedia mempamer aksi terbaik disebalik penampilan pertama dalam temasya Sukan Para Sukma Selangor 2026.

Ia sekali gus memberi bayangan awal bahawa anak jati kelahiran campuran Long Bemang, Miri/Padawan mahu mencipta kejutan pada saingan berprestij itu.

“Sedikit teruja kerana ini merupakan penampilan pertama saya pada temasya Para SUKMA.

“Saya akan cuba menampilkan aksi terbaik pada kejohanan sebenar nanti,” ujar Dylan yang ditemui Arena Suara Sarawak semasa sesi latihan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Atlet berbangsa Kayan/Bidayuh itu tidak meletak sasaran untuk cuba beroleh sebarang pingat, mengetahui temasya kali ini turut menyaksikan penampilan hebat atlet dari negeri lain.

Ia katanya, bukan alasan untuk terlalu awal membuat kesimpulan ke arah itu.

“Berbekal semangat yang ada dan tunjuk ajar jurulatih selama ini, saya yakin peluang untuk membuat kejutan tetap ada,” kata Dylan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU