ARTIKEL

KONGSI KEJAYAAN...Fatimah (berdiri empat dari kiri) merakam gambar bersama-sama atlet boccia. |FOTO UKAS

Para SUKMA 2026: Kem Boccia Hadiahkan Lima Pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Penampilan skuad Boccia Sarawak pada temasya Para SUKMA Selangor 2026 begitu terserlah apabila berjaya meraih lima pingat keseluruhan — dua emas dan tiga perak.

Ia sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini. Dua emas disumbang oleh Muhd. Nur Sharizan Ikhwan Abdullah Saparudin menerusi kategori perseorangan lelaki (BC1) dan Angeline Melissa Lawas, kategori perseorangan wanita (BC1).

Sementara itu, Willyien Cliff Honseng meraih perak dalam perseorangan lelaki (BC1). Dua lagi pingat perak daripada Jervis Chi Hong Zhe dan Sheirviana Mathew dalam kategori perseorangan lelaki (BC3) dan perseorangan wanita (BC3).

EMAS…Mohamad Razi (berdiri dua dari kanan) merakam gambar bersama-sama pemenang. – FOTO UKAS

Jurulatih Boccia Sarawak, Honseng Andrias Nyawin berkata, pencapaian tersebut cukup bermakna memandangkan skuadnya berdepan perubahan program selepas acara berpasukan dan beregu digugurkan oleh pihak tuan rumah.

“Memang sasaran kita sebenarnya lebih daripada itu. Tetapi memandangkan acara berpasukan dan beregu digugurkan, kita hanya berjaya mencapai sasaran menerusi acara individu,” katanya ketika ditemui selesai majlis penyampaian pingat sebentar tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Ketua Kontinjen Para SUKMA Sarawak, Datuk Dr Mohamad Razi Sitam turut hadir bagi menitipkan semangat kepada atlet yang berentap di pentas final tadi dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Di sebalik kilauan pingat, kejayaan tersebut turut mencerminkan disiplin skuad boccia Sarawak dalam mengurus persiapan sebelum turun ke gelanggang, khususnya ketika berdepan keadaan cuaca dan jerebu yang melanda Selangor.

Menurut Honseng, penyesuaian dengan lokasi pertandingan menjadi antara perkara penting sebaik pasukan tiba di Semenanjung Malaysia, sebelum tumpuan diberikan kepada aspek kesihatan dan prestasi atlet.

BERITA LAIN

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.

BERITA TERBARU

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.