ARTIKEL

JUARA: Barisan pemain Lanesix FC meraikan kejayaan sebagai juara Piala Tunku 2026.

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.

Pertembungan pada jam 7 malam itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sepanjang 60 minit permainan sebelum kejuaraan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Penjaga gol Lanesix, Rafiq Mustapha dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan.

Pengurus Pasukan Lanesix FC, Abdullah Ali berkata, kejayaan itu cukup bermakna selepas barisan pemain mempamerkan disiplin tinggi serta berjaya melaksanakan strategi permainan yang dirancang sepanjang perlawanan.

“Saya amat bangga dengan semua pemain kerana mereka telah berjuang bermati-matian untuk mencipta sejarah buat pasukan ini.

“Apa yang lebih membanggakan, semua pemain berjaya mengikuti perancangan yang telah ditetapkan, khususnya dari segi corak dan strategi permainan,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurut Abdullah, semangat setia kawan dan kerjasama berpasukan menjadi kekuatan utama Lanesix untuk mengharungi perlawanan sengit, terutama ketika berdepan tekanan semasa penentuan sepakan penalti.

“Setiap pemain memainkan peranan masing-masing, saling mempercayai serta memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang perlawanan.

“Inilah kekuatan sebenar Lanesix, bukan bergantung kepada kehebatan individu semata-mata, tetapi kekuatan sebuah pasukan yang bergerak sebagai satu keluarga,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan kejayaan merangkul kejuaraan itu bukan hasil usaha individu, sebaliknya pengorbanan seluruh pemain, barisan pengurusan dan pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan.

“Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi milik seluruh pemain dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada Lanesix,” ujarnya.

Mengulas perancangan seterusnya, Abdullah berkata, pihak pengurusan masih belum menetapkan sebarang penyertaan rasmi bagi kejohanan akan datang dan perkara itu akan dibincangkan bersama semua pegawai pasukan.

Sebelum itu, Lanesix menyingkirkan Sri Warrez 3-1 pada peringkat suku akhir, kemudian meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Los Castilla tanpa bolos pada separuh akhir untuk mengesahkan tempat ke final.

Kemenangan itu membolehkan Lanesix membawa pulang hadiah wang tunai RM600 serta piala dan pingat sebagai ganjaran muncul juara.

Sementara itu, penjaga gol Lanesix, Mohamad Rafiq Mustapha turut mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan hasil persembahan cemerlangnya.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

LCDA diminta bawa model Gedong, Lawas ke Spaoh

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) diminta membawa model pembangunan terbaik yang dilaksanakan di Gedong dan Lawas untuk diperluas ke Bahagian Betong, khususnya Spaoh.