ARTIKEL

BERSEMANGAT...Salah seorang pemain badminton melakukan larian ketika sesi latihan. |FOTO MOHD. ALIF NONI

Para SUKMA 2026: Pemain Badminton Terus Tingkatkan Kecergasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Tempoh dua hari yang tinggal sebelum saingan sebenar bermula terus dimanfaatkan pengemudi skuad para badminton Sarawak, Suhaili Laiman untuk meningkatkan tahap kecergasan pemain.

Langkah tersebut penting bagi memastikan pemain di bawah kendaliannya cukup bersedia untuk mengharungi gelora sebenar kejohanan dwitahunan negara itu.

SELESAI LATIHAN…Suhaili Laiman (berdiri di tengah) bersama-sama pemainnya selepas latihan. – FOTO MOHD. ALIF NONI

“Masih ada masa dua hari lagi sebelum saingan sebenar membabitkan acara badminton bermula.

“Ia terus digunakan untuk meningkatkan tahap kecergasan semua pemain,” ujar Suhaili yang ditemui Arena Suara Sarawak ketika sesi latihan sebentar tadi.

Menurut Suhaili, meskipun latihan untuk pemain sebentar tadi dengan skala ringan sahaja, tetapi ia amat penting memandangkan proses penyesuaian gelanggang hanya dibenarkan esok (Jumaat).

Acara badminton akan bermula dari 6 hingga 10 September di Kompleks Belia Dan Sukan Shah Alam (KOMBES).

Skuad para Badminton kali ini menyenaraikan 14 orang pemain dan menyasar untuk sekurang-kurangnya meraih dua pingat emas.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan