
KUALA LUMPUR: Keceriaan terus menyelubungi atlet berpengalaman, Davis Machang, 44 apabila mencetak satu lagi pingat emas menerusi acara lempar cakera (SIT).
Berlangsung di Stadium Mini, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebentar tadi, Davis berjaya mencatat lemparan sejauh 17.86 meter.
Beliau mengatasi dua pesaingnya, Hazrin Che Hassan dari Kelantan (15.67 meter) selaku pemenang pingat perak.
Manakala, pingat gangsa milik atlet dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jarak lemparan (13.80 meter).
“Ini pingat emas kedua bagi diri saya dan cukup gembira dengan kejayaan yang diperoleh,” kata Davis ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat tersebut.
Dua hari lepas anak jati kelahiran Limbang itu cemerlang dengan perolehan pingat emas menerusi acara rejam lembing.





