ARTIKEL

EMAS KETIGA... Richard Bada bersama pingat emas ketiganya.

Para SUKMA XXI: Richard Bada raih tiga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Richard Bada telah menunjukkan kehebatannya apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara lontar peluru lelaki (F41).

Atlet berusia 31 tahun itu berjaya mencatat jarak sejauh 7.73 meter. Ia merupakan pingat emas ketiga beliau selepas menunjukkan aksi cemerlang dengan meraih dua lagi pingat emas menerusi acara merejam lembing dan lempar cakera.

“Amat gembira sekali dengan kejayaan memenangi pingat emas ini.

“Pingat emas ketiga ini didedikasikan untuk keluarga saya dan seluruh rakyat Sarawak,” ujar Richard kepada Arena Suara Sarawak.

Bintang sensasi berketurunan Iban dari Bahagian Serian itu telah memberikan komitmen sedekad terakhir untuk sukannya, memulakan perjalanannya pada 2016.

Walaupun kini bekerja sebagai pelayan di kedai makan, dia merancang untuk melaburkan insentif RM45,000 imbuhan daripada kemenangan tiga pingat emas itu untuk membeli barangan keperluan.

“Saya akan menggunakan insentif dari kemenangan pingat emas ini untuk membeli apa yang diperlukan.

“Sebelum kem latihan Para Sukma XXI 2024, saya akan bekerja dahulu. Selepas temasya, saya akan terus bekerja sambil bersiap sedia… sentiasa bersedia untuk latihan,” tambahnya.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU