ARTIKEL

SIDANG MEDIA... Fatimah (tengah) bersama wakil media.

Para SUKMA XXI 2024: Sarawak idam gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen Para Sarawak berazam untuk berusaha merangkul gelaran juara pada temasya Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung di Kuching bermula dari 20 hingga 28 September nanti, sekali gus merampas kembali gelaran berprestij itu daripada jiran tetangga, Sabah, yang menjadi juara pada temasya Sukan Para SUKMA XX 2022.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, menegaskan sasaran untuk menjadi juara menjadi fokus utama pihaknya meskipun belum memberi gambaran terperinci mengenai kutipan pingat menerusi 10 acara sukan yang akan dipertandingkan.

“Sasaran kita mahu muncul juara, mahu mengatasi Sabah, tidak kira berapa pingat yang kita dapat kelak, sebab mereka mengalahkan kita pada temasya lepas,” ujar Fatimah pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Fatimah akui, pihaknya telah membuat bedah siasat di sebalik kekalahan dialami sebelum ini.

“Saya merasakan kali ini peluang kita untuk bergelar juara adalah lebih baik berbanding sebelum ini.

“Persiapan kesemua atlet berjalan lancar, dan begitu juga dengan kelebihan beraksi di laman sendiri yang harus dimanfaat sebaiknya,” tambah Fatimah lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi