ARTIKEL

Parah langgar belakang lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang penunggang motosikal parah dan patah kaki kanan akibat melanggar belakang lori 10 tan di Jalan Bau/Batu Kawa pada Sabtu lalu.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.50 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Samarahan ke rumahnya di Kampung Atas Singai.

Menurut Ketua Balai Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, mangsa dikenali sebagai George Amilton Risip berusia 27 tahun.

Katanya kejadian berlaku apabila lori yang dipandu Soo Chen Wie, 39, hendak membelok ke simpang kanan dan tiba-tiba dilanggar dari belakang oleh mangsa.

“Pemandu lori terbabit memperlahankan kenderaan dan turut memberi isyarat untuk membelok namun tiba-tiba dilanggar oleh mangsa.

“Mangsa mengalami cedera parah dan patah paha kanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Poge menambah mangsa dibawa ke Hospital Bau dan kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Motosikal mangsa rosak teruk di bahagian depan setelah melanggar belakang lori di Jalan Bau/ Batu Kawa.

BERITA LAIN

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli

BERITA TERBARU

PRN Melaka: 79 calon bertanding

Seramai 79 calon daripada pelbagai parti, gabungan politik dan Bebas disahkan layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung pada 14 Nov.

Ibu bapa perlu pantau anak, elak budaya buli

SARIKEI: Ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan terhadap pergaulan dan tingkah laku anak-anak, termasuk penggunaan media sosial, bagi membentuk generasi berakhlak mulia serta menghindari gejala buli