ARTIKEL

Juanda ketika ditemui pemberita.

Paras air Matu meningkat, banjir berlaku lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Paras air di daerah Matu semakin meningkat dan bencana banjir tahun ini berlaku lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, keadaan itu memerlukan tahap kesiapsiagaan yang tinggi daripada semua pihak.

“Penduduk kampung perlu mematuhi segala arahan pihak berkuasa semasa bencana bagi memastikan keselamatan bersama.

“Selain itu, penduduk kampung juga perlu sentiasa berhubung dengan jawatankuasa keselamatan kampung bagi mendapatkan maklumat serta membuat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Matu, di sini, semalam.

Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng turut menasihatkan penduduk kampung supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.

Tegasnya, sebarang kejadian tidak dapat dijangka dan langkah pencegahan perlu diambil lebih awal bagi mengelakkan risiko kepada keselamatan.

Sehubungan itu, beliau meminta agensi berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pihak terlibat lain supaya memastikan laluan awam tidak terputus.

Tambahnya, tindakan segera perlu diambil sekiranya berlaku kejadian yang menyukarkan pergerakan kenderaan melalui laluan berkenaan.

RAKAM KENANGAN…Juanda merakam kenangan bersama selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah Matu, semalam.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan