Paras air naik di Kampung Debak

DEBAK: Kampung Debak sekali lagi digemparkan dengan kenaikan paras air sehingga menyebabkan banyak rumah dinaiki air dan jalan utama tenggelam.

Tinjauan Suara Sarawak di Kampung Bungey, Lalang dan Babu didapati paras air semakin naik.

Menurut penduduk, kenaikan air mula disedari sejak 10 pagi tadi dan berlaku dengan cepat.

“Keadaan semakin membimbangkan. Kita risau kalau hujan akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya di temui.

Katanya, air mungkin berpunca dari sebelah hulu dan hujan yang berlaku pada malam tadi.

Penduduk semakin cemas dan mula memindahkan barang masing-masing.

Sehingga kini, pasukan APM berada di lokasi membuat pemantauan.