PELAKON, Park Bo Young menerima anugerah Pelakon Terbaik, menerusi lakonannya dalam Concrete Utopia pada Festival Filem Asia London kelapan baru-baru ini.
“Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana pertama kali menerima anugerah di luar negara.
“Terima kasih kepada Festival Filem Asia London kerana mempromosi filem lebih baik daripada mana-mana festival filem lain,” ujarnya.
Festival tahun ini, menampilkan 49 filem terbaharu dari lapan negara Asia termasuk Korea, China, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.
Ia menjadi lebih bermakna dengan pameran karya yang melambangkan sejarah, kini dan masa depan filem Korea.



