ARTIKEL

Parlimen Taiwan dicemari adegan pergaduhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAIPEI: Parlimen Taiwan sekali lagi dicemari adegan tumbuk-menumbuk dan melempar belon air antara anggota parlimen pada Jumaat.

Menerusi rakaman kamera, seorang ahli politik dari parti pemerintah, Parti Demokratik Progresif (DPP) dilihat menumbuk anggota parti pembangkang.

Ahli parlimen pembangkang Parti Kuomintang (KMT) pula melemparkan belon air kepada speaker dewan memaksa ahli parlimen DPP memakai baju hujan serta memegang kadbod untuk melindungi diri.

YouTube player

Parlimen di Taipei sememangnya terkenal dengan perkelahian besar-besaran dan sering menjadi tempat tunjuk perasaan. Huru-hara di lokasi sama pernah tercetus susulan dasar reformasi dan pemotongan pencen ketika Presiden Tsai Ing-wen pertama kali memegang jawatan itu empat tahun lalu.

Manakala insiden terbaharu ini tercetus kerana pencalonan Chen, 70, mengetuai Control Yuan, agensi penyiasatan yang memantau kerajaan.

Ia dilakukan selepas dua parti utama tidak bersetuju dengan undian terhadap calon yang mengisi jawatan berkenaan.

Pembangkang berpendapat 24 daripada 27 individu yang dicalonkan dalam agensi itu mempunyai hubungan rapat dengan DPP “Kami menuntut pembaharuan dan mahu pencalonan itu ditarik balik,” kata Pengerusi KMT, Johnny Chiang.

Walaupun terdapat kekecohan, pengundian itu tetap berlangsung dan pencalonan Chen dipersetujui. – AFP

PARLIMEN Taiwan menyaksikan adegan tumbuk-menumbuk dan melempar belon air antara anggota parlimen pada Jumaat lalu. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha