KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRN) Sarawak 2026 selepas mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain.
Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu dibuat setelah parti tersebut mengambil maklum perkembangan semasa berhubung PRN berkenaan.
“Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata PAS akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sarawak kali ini pada 12 Dis manakala tarikh penamaan calon ditetapkan 28 Nov dan pengundian awal 8 Dis.
Sebanyak 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan pada pilihan raya tersebut.- BERNAMA


