ARTIKEL

Sukan Persahabatan BIMP-EAGA 2026: Sarawak pertaruh atlet pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen Sarawak siap sedia mengharungi temasya berprestij Sukan Persahabatan BIMP-EAGA 2026 yang berlangsung di Sabah bermula dari 23 hingga 27 November ini.

Sarawak mempertaruhkan barisan atlet muda dari program pembangunan untuk bersaing dalam kejohanan lima hari itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Mu’azamir Haji memberitahu, seramai 110 atlet yang diberi kepercayaan bertanding dalam kejohanan ini sudah bersedia sepenuhnya.

Menurut Mu’azamir, kontinjen Sarawak akan berentap dalam lapan acara sukan daripada sembilan yang dipertandingkan.

“Kita siap sedia menghadapi temasya sukan kali ini dan akan bertanding dalam lapan acara sukan daripada sembilan yang dipertandingkan,” ujar Mu’azamir kepada Arena Suara Sarawak.

Lapan acara sukan disertai Kontinjen Sarawak ialah renang, memanah, boling padang, olahraga, pencak silat, e-sports, badminton dan sepak takraw.
Berbanding sukan karate yang tidak akan disertai nanti.

Semalam berlangsung majlis penyerahan bendera Ibu Pertiwiku kepada kontinjen terbabit yang disempurnakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

BIMP-EAGA 2026 melibatkan kontinjen dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina selain kontinjen Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah selaku tuan rumah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pak Ngah Kembali Berlatih

KUCHING: Kuching City FC menerima perkembangan positif apabila penyerang Ronald Ngah Wanja atau Pak Ngah bersama dengan beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan kembali