ARTIKEL

Gambar hiasan

Pasangan kekasih mengaku salah curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sepasang kekasih remaja masing-masing mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret hari ini, kerana mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha di hadapan sebuah kafe di Stutong, Mac lepas.

Pasangan remaja masing-masing berusia 17 dan 18 tahun membuat pengakuan itu sebaik sahaja satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Namun, Nursyaheeqa menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 7 Ogos depan bagi menunggu laporan sosial kedua-dua remaja terbabit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mereka didakwa dengan niat bersama mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda milik seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

Pasangan tersebut melakukan kecurian itu di hadapan sebuah kafe, sekitar 1 pagi, pada 19 Mac lepas.

Menurut fakta kes, pada 16 Mac lepas, sekitar 4 pagi, pengadu meletakkan motosikalnya di bawah bangunan kedai berhampiran sebuah kafe sebelum hilang dicuri.

Laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan kedua-dua tertuduh di sebuah rumah di Kampung Sebako, Sematan pada 19 Mac lepas.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua tertuduh mencuri motosikal milik pengadu.

Selain itu, pengadu juga dapat mengecam dan mengenal pasti barang rampasan pihak polis daripada mereka iaitu sebuah motosikal ialah miliknya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU