ARTIKEL

Gambar hiasan

Pasangan tunang ditahan terlibat kes langgar polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Kurang 24 jam insiden seorang pegawai polis cedera dilanggar sebuah kereta ketika melakukan rondaan di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor malam Ahad, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pasangan itu, yang sudah bertunang serta berumur 33 dan 34 tahun, ditahan siang semalam hasil maklumat orang awam.

“Polis turut merampas sebuah kereta yang digunakan kedua-dua suspek pada hari kejadian dan saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah THC serta mempunyai 17 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan narkotik,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata suspek wanita juga memiliki dua rekod jenayah dan kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan reman manakala kertas siasatan akan dilengkapkan serta dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin bagi tujuan pendakwaan.

Insiden pada 7.30 malam semalam menyaksikan anggota polis berusia 34 tahun itu dilanggar dengan sebuah Proton Iriz biru sebanyak dua kali menyebabkan beliau mengalami kecederaan dan pemeriksaan mendapati tulang rusuk serta tulang bahu mangsa patah.

Yahaya berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan