Pasar Ikan Lama Bintulu bakal dibuka semula

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula Pasar Ikan Lama Bintulu.

Pengurus besarnya, Rodziah Morshidi berkata ini kerana pembukaan semula premis perniagaan itu perlu mengambil kira beberapa faktor dan keperluan.

Beliau berkata pembukaan(Pasar Ikan Lama Bintulu) akan melibatkan banyak kerja- kerja pembersihan dan penyusunan semula ruang selain perlu menngenal pasti bilangan penjaja yang benar- benar ingin berniaga.

Melainkan pasar ikan Lama Bintulu, pihak BDA membenarkan pembukaan semula 13 pasar awam dan pusat penjaja di sini semasa tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) berkuatkuasa 17 Jun ini selaras dengan arahan Kerajaan Negeri Sarawak, katanya pada sidang media pembukaan semula pasar awam dan pusat penjaja di Bintulu, semalam.

Antaranya, Pasar Utama Bintulu, Pasar TAMU Bintulu, Tapak Niaga Assyakirin, Tapak Niaga Food Truck Tanjung Batu, Pasar Hujung Minggu, Jalan Tun Openg (Pantai ABF), Pusat Penjaja Local Centre Fair Choice, Pasar Sungai Plan, Gerai Pantai Tanjung Batu, Perhentian 1 Malaysia, Pasar Medan Jaya, Pusat Penjaja Pasar Malam Bintulu, Pusat Penjaja Bandar Jaya dan Pusat Penjaja Pantai Muhibbah.

PATUHI SOP…Rodziah pada sidang media pembukaan semula pasar awam dan pusat penjaja di Bintulu berkuatkuasa 17 Jun ini.

Waktu operasi bagi Pasar Utama Bintulu dan Pasar TAMU Bintulu adalah dari jam 6 pagi hingga 6 petang, Tapak Niaga Assyakirin(2 petang hingga 7 malam), Tapak Niaga Food Truck Tanjung Batu(12 tengah hari- 8 malam), Pasar Hujung Minggu( Pantai ABF),Pusat Penjaja Local Centre Fair Choice, Gerai Pantai Tanjung Batu dan Pusat Penjaja Pantai Muhibbah, masing- masing akan beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 6 petang, Pasar Sungai Plan (10 pagi – 6 petang), Perhentian 1 Malaysia dan Pasar Medan Jaya (7 pagi- 10 malam), Pusat Penjaja Pasar Malam Bintulu(5 petang- 10 malam) manakala waktu operasi bagi Pusat Penjaja Bandar Jaya pula adalah dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang.

Bagaimanapun, katanya, sebelum memulakan operasi, peniaga dan penjaja terlibat perlu melakukan kerja- kerja pembersihan seperti mengalih, memindah, meroboh dan membuang sampah, meja dan kanopi yang ditinggalkan di tapak niaga sebelum ini.

“semasa pembersihan dijalankan, peniaga digalak mengamalkan pembersihan kendidri dengan menggunakan pelitup muka dan pelindung muka sepanjang masa, mematahi SOP yang sedang berkuatkuasa disamping kerap mencuci atau membersih tangan semasa dan selepas menjalankan kerja pembersihan”, ujarnya lagi.

Tegas Rodziah lagi, semua pihak perlu memainkan peranan dalam membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Rodziah bergambar bersama sebahagian peniaga dan penjaja bagi membincangkan perkara berkaitan berhubung pembukaan semula pasar awam dan pusat penjaja di Bintulu berkuatkuasa 17 Jun ini.