ARTIKEL

Pasar Ramadan Mubarak 2025 di Miri dan Sibu anjuran STB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bakal menganjurkan Pasar Ramadan Mubarak 2025 di Miri dan Sibu pada 22 hingga 23 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Shukor, berkata acara dua hari itu bukan sekadar bazar Ramadan biasa, tetapi juga platform untuk menghidupkan tradisi serta meraikan kepelbagaian budaya negeri ini.

“Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati juadah tradisional, tetapi juga mengukuhkan semangat kebersamaan menerusi aktiviti memasak dan berbuka puasa bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Acara yang berlangsung dari jam 4 petang hingga 10 malam itu akan diadakan di Pusat Maklumat Pelawat di kedua-dua lokasi berkenaan.

“Program ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk acara memasak makanan tradisional, majlis iftar bersama komuniti, serta persembahan seni dan budaya secara langsung.

“Di Miri, program akan bermula dengan demonstrasi memasak Bubur Pedas oleh Persatuan Melayu Miri pada 22 Mac, diikuti bengkel pembuatan kuih tradisional pada malam berikutnya,” kata Sharzede.

Sementara itu, di Sibu, pengunjung berpeluang menyaksikan acara memasak Bubur Lambuk oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bahagia Jaya Teku pada hari pertama, sebelum bengkel pembuatan kuih diadakan pada malam kedua.

Sharzede menjelaskan bahawa selain memperkenalkan keunikan juadah tempatan, sesi ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menyertai penyediaan dan pengagihan makanan, sekali gus menyemai semangat perkongsian dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Bagi mengeratkan lagi hubungan komuniti, program Iftar Santai Bersama Komuniti akan memberi peluang kepada pengunjung berbuka puasa dalam suasana mesra, dengan kemudahan ruang solat turut disediakan.

“Pada sebelah malam, Malam Budaya Alunan Ramadan pula akan memeriahkan suasana dengan persembahan seni dan muzik tradisional.

“Di Miri, kumpulan Penyanyi Jalanan Miri akan menghiburkan pengunjung pada malam pertama, manakala persembahan muzik angklung dijadualkan pada malam kedua,” katanya lagi.

Sementara itu, di Sibu, peserta akan dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan Ikah Buskers sepanjang dua malam berturut-turut.

Tambah Sharzede, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif STB untuk menjadikan Pusat Maklumat Pelawat bukan sekadar hab pelancongan, tetapi juga pusat perhimpunan budaya dan sosial yang dinamik.

Beliau turut menyatakan bahawa Pasar Ramadan Mubarak merupakan satu lagi langkah dalam usaha STB untuk menjadikan pusat maklumat tersebut sebagai pusat yang aktif dan berpaksikan komuniti.

Untuk makluman, pengunjung digalakkan membawa tikar sendiri untuk berbuka puasa, di samping kemudahan ruang solat turut disediakan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan