ARTIKEL

Pasaran buruh sokong sektor pengguna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasaran buruh yang stabil yang menyokong penggunaan domestik adalah di antara faktor utama yang merangsang sektor engguna untuk maju ke hadapan.

Dalam nota kajiannya, MIDF Research berkata sektor itu juga akan disokong oleh ketibaan pelancong yang tinggi yang menyokong jualan runcit dan enggunaan luar rumah serta margin yang lebih baik untuk pengeluar makanan dan minuman (F&B) dibantu oleh harga komoditi yang lebih rendah dan ringgit yang engukuh.

“Oleh itu, kami mengekalkan pendirian “positif” kami terhadap sektor pengguna.

Kami memilih syarikat berkaitan ruji pengguna sebagai pilihan utama kami untuk ektor ini disebabkan permintaan yang berdaya tahan untuk barangan penting walaupun menghadapi pelbagai masalah.

“Kami pilih QL Resources, disokong oleh permintaan yang stabil untuk produk marin dan ternakan.

Kami juga memilih F&N kerana syarikat itu berkemungkinan endapat manfaat daripada peningkatan dalam permintaan untuk minuman sedia diminum, didorong oleh peningkatan pelancong,” katanya.

Sementara itu, memandangkan kadar dasar semalaman (OPR) kekal di bawah julat 3.00-3.25 peratus (paras prapandemik), bersamasama dengan tekanan inflasi ang menyederhana dan pasaran buruh yang stabil, MIDF Research yakin dengan perbelanjaan pengguna domestik dalam jangka pendek.

“Selain itu, dengan pelbagai bantuan tunai, insentif dan pengurangan cukai pendapatan yang ditawarkan dalam Belanjawan 2023 untuk kumpulan berpendapatan 40 dan M40 bagi meningkatkan pendapatan isi rumah dan merangsang perbelanjaan domestik, kami menjangkakan jualan runcit kekal kukuh pada 2023.

“Ketibaan pelancong yang lebih tinggi dengan pembukaan semula sempadan di kebanyakan negara, terutamanya dari China, ia akan meningkatkan lagi jualan runcit alaysia,” tambahnya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali