ARTIKEL

LAWAT....Yakub bersama yang lain melawat Klinik Kesihatan Kuala Balingian, di sini, hari ini.

Pastikan komuniti menerima perkhidmatan kesihatan lebih baik dan berkesan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA BALINGIAN: Klinik Kesihatan Kuala Balingian telah menerima sumbangan perubatan asas dengan jumlah RM54,660 daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan PETRONAS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, berkata sumbangan ini adalah antara usaha untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan

RAKAM KENANGAN…Yakub merakam kenangan bersama yang lain semasa menyaksikan penyerahan sumbangan kepada pihak Klinik Kesihatan Kuala Balingian.

“Projek penambahbaikan ini merupakan satu langkah besar dalam memastikan komuniti kita menerima perkhidmatan kesihatan lebih baik dan berkesan.

“Dengan pelbagai keperluan yang telah dikemas kini oleh SABATI dan PETRONAS, diharapkan Klinik Kesihatan ini akan menjadi pusat penjagaan kesihatan yang mampu memberi manfaat kepada semua penduduk sekitar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Simbolik Penyerahan Keperluan Perubatan Asas kepada Klinik Kesihatan Kuala Balingian, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, terdapat beberapa klinik yang telah dinaik taraf oleh SABATI dan PETRONAS termasuklah Balingian sepanjang tahun ini.

Ini termasuklah Klinik Kesihatan Nangga Mujau, Sadong Jaya, Medamit, Santubong, Batang Ai dan Sundar.

“Usaha ini menunjukkan komitmen terhadap peningkatan kualiti penjagaan kesihatan luar bandar, tetapi juga refleksi daripada usaha bersama yang melibatkan pihak korporat, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Terdapat 19 buah klinik lagi yang akan dinaik taraf sehingga tahun 2026 dengan peruntukan RM 1.3 juta bagi 26 klinik kesihatan seluruh Sarawak,” jelasnya.

Ujarnya, Klinik Kesihatan Kuala Balingian telah mendapat sumbangan perubatan asas baru seperti Nabulizer Machine, Glocometer, Vital Sign Monitor, Handheld Oximeter, Oxygen concentrator Nasl Oxygen Cannula dan pelbagai yang lain.

Sehubungan itu, Yakub memberitahu kemajuan dalam sektor kesihatan bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup tetapi menyokong pertumbuhan ekonomi dan sosial yang berterusan.

Tambahnya, dengan kemudahan asas klinik yang lebih baik, kita dapat memastikan komuniti tidak ketinggalan dalam arus pembangunan global dan mampu membentuk komuniti yang sihat, produktif dan berdaya saing.

Justeru, Yakub berharap agar orang ramai memanfaatkan klinik ini dengan sepenuhnya supaya ia dapat digunakan oleh generasi akan datang.

TERIMA KASIH….Yakub menerima cenderamata daripada Norazibah (empat kanan) dalam majlis tersebut.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas