ARTIKEL

Pastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Akses Internet lemah di kawasan luar bandar boleh menyebabkan pelajar ketinggalan dari segi akademik terutamanya dalam tempoh PKP ini jika tidak ada langkah proaktif diambil segera.

Adun Telang Usan, Dennis Ngau berharap, pihak berkaitan mencari jalan penyelesaian bagaimana pelajar luar bandar dapat meneruskan proses pembelajaran mereka semasa PKP.

Beliau menyuarakan kebimbangannya berkenaan isu tersebut semasa lawatan ke Long Lama baru-baru ini, selain turut mengambil kesempatan mengunjungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama dan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Kevuk.

“Pelajar luar bandar tidak mempunyai akses Internet seperti pelajar bandar. “Ini akan menjadi satu kesukaran bagi mereka semasa menjalani peperiksaan,” jelasnya.

Beliau menambah, teknologi memang semakin berkembang namun, amat sukar untuk mendapatkan akses Internet di kawasan luar bandar.

Pada masa sama, Dennis memuji inisiatif Kementerian Pendidikan untuk mengadakan pembelajaran di rumah kepada pelajar sepanjang PKP.

Bagaimanapun ujarnya, jumlah populasi pelajar di kawasan luar bandar dengan akses Internet sangat terhad perlu diambil kira agar tidak yang ketinggalan dalam akademik.

Di samping itu, beliau tidak lupa untuk mengingatkan penduduk Long Lama agar mematuhi PKP bagi mengekalkan daerah itu sebagai zon hijau untuk Covid-19.

“Kita mesti bekerjasama serta mematuhi PKP agar Long Lama kekal sebagai zon hijau,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya