ARTIKEL

Pastikan proses pemilihan penerima bantuan lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Perbincangan terperinci akan dilaksanakan bagi mencari satu mekanisme utama bagi memastikan proses pemilihan penduduk yang layak menerima bantuan Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) khasnya melibatkan kawasan luar bandar berjalan lancar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, SPS dan SPK amat penting bagi membantu menangani masalah kesesakan dan pertambahan penduduk di sesuatu kawasan.

“Skim ini penting bagi menyediakan lot-lot tanah bagi penduduk yang tidak memiliki tanah dan berpendapatan sederhana.

Ada juga yang menduduki tanah kerajaan selain yang berhijrah ke bandar, disebabkan itu kita laksanakan SPS. “SPK pula memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan lot-lot perumahan kerana kita tahu ada kampung yang mengalami kesesakan dan tiada lot tanah untuk membina rumah baharu,” katanya pada sidang media selepas majlis Penyampaian Cek Pampasan Bagi Pengambilan Balik Tanah di sini semalam.

Awang Tengah menjelaskan, skim berkenaan juga akan terus dilaksanakan, namun tidak semua permintaan dapat penuhi kerana ia memerlukan perancangan dan tumpuan diberikan kepada mereka yang amat memerlukan.

“Satu jawatankuasa dibentuk di satu-satu kawasan dan akan dianggotai oleh ketua masyarat termasuk wakil rakyat yang mampu menepati keperluan masyarakat,” ujarnya.

Secara purata pembangunan untuk lot tanah dianggarkan berjumlah RM100,000.

“Jadi untuk kedua-dua skim ini, segala kemudahan asas seperti jalan raya, sistem perparitan, bekalan elektrik dan air akan dibangunkan untuk keselesaan penduduk,” katanya.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.